Friday, May 27, 2011

Resipi Mudah ~ Pop Cake









Assalamualaikum

Semenjak keluar article kat Harian Metro, Rabu lepas, sy byk terima sms dan email menanyakan cara2 mudah membuat pop cake.... ok, sy letak disini cara2 membuatnya, yg mudah dan sedap... :-)

Bahan A: kek
1 kg kek (contoh: butter, chocolate, red velvet) dihancurkan guna tangan jer.. :-)

Bahan B: creamcheese
250g cream cheese
120g gula icing (diayak)
120g mentega/whipping cream (optional)

campur kesemua bahan2 dan putar hingga kembang

Bahan C:
200g Dark Chocolate (atau secukupnya)

Cara-cara
1) Gaulkan B dalam A smp rata
2) Buatkan bentuk bulat
3) Susun atas loyang dan letakkan dlm peti ais (chiller) selamat 20 min
4) Cairkan C
5) Keluarkan 3 dari chiller dan celupkan dlm C yg telah dicairkan
6) hias mengikut cita rasa
7) masukkan semula ke dalam chiller untuk keraskan choc tadi
8) sedia untuk dihidang

Note: Dark choc boleh di gantikan dgn choc masakan ataupon milk chocolate. Tp dark choc lebih sesuai kerana kurang kandungan gula...

** selamat mencuba **







4 comments:

Aida said...

ya Allah..
sy rasa nak nangis2 sbb sy terhilang keratan paper metro tu...
nsb baek jupe blog tuannya...:)
dpt la try buat kekpop nie..:D

dlittlekitchen said...

hehhe... hope u like it.. :-)

cik ain | sweet thots said...

lama x melawat.. alahai.. metro bila ni u? nnt i selongkar kat rumah mak ai.. ;)

dlittlekitchen said...

Ain... ini last week hari rabu 25th May kalo x silap...